Ketika mana musibah seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan,kekalahan dan kekecewaan melanda diri, mungkin hati kecil kita tertanya-tanya, mengapa? mengapa mesti aku? mengapa begini? mengapa begitu? Mengapa Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang itu mentakdirkan begitu? Adakah sudah sirna kasih sayang-Nya? Jangan...Jangan begitu. Dalam apa jua keadaan pun, kita wajib yakin bahawa takdir Allah pasti mengandungi banyak hikmah dan kebaikan.
Manusia diculik, dirogol dan dibunuh..rumah hangus terbakar.. rumah ranap dilanda banjir..mata buta, tangan putus,darah terpercik di merata2 tempat akibat perang dan banyak lagi musibah yang berlaku didunia fana ini..apa yang berlaku adalah UJIAN, ujian utk orang-orang yang beriman, sejauhmana imannya pada Allah, adakah setebal kamus taupun senipis kertas A4..
Ya rabbi,Merasakan diri terlalu kecil dan lemah mengenangkan musibah-musibah dari-Nya. Bagaimana jika saya terus leka dengan nikmat yang dikurniakan oleh-Nya? Hati sentiasa perlu dibaja dan dipupuk kesedarannya agar diri ini tidak alpa dan lalai atas suruhan dan tuntutan-Nya. Ya Allah, berikanlah aku hidayahmu dan kuatkanlah hatiku agar sentiasa berada di landasan yang betul. Amin. Jangan sesekali kita berkeluh kesah dgn apa yg terjadi,mintalah pada Allah.. mengadulah pada-Nya, Allah tidak pernah sesekali menghampakan hamba-Nya..
"Apabila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati. dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh. akal yang pendek."
Saturday 7 April 2012
Musibah... Ujian Hidup
Posted by ummu nafisah at 03:24 0 comments
Friday 23 March 2012
DADU CINTA KEHIDUPAN
Dadu Cinta Berubah mengikut Usia
Secara fitrahnya, manusia berubah apabila usianya bertambah. Kitaran percintaan pasangan melalui empat keadaan yang berbeza. Siapa sangka, kitaran percintaan pasangan sebenarnya menjauhkan mereka daripada segi fizikal tetapi semakin rapat dalam hati. Empat keadaan yang berbeza adalah faktor menambat hati melalui keempat-empat kelompok kitaran ini. Apabila kita memahami bagaimana keadaan ini berlaku, pasangan menjadi lebih mudah menjangkakan sebab-sebabnya.
Posted by ummu nafisah at 08:42 0 comments
Sunday 24 April 2011
Apa itu KISSM??
Kursus Induksi (KISSM)?? Ada apa dengan Kursus tu ye?? Penting sangatkah kursus tersebut kepada semua yang bekerja dalam Perkhidmatan Awam?? Baiklah, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang mana mungkin boleh membantu anda yang masih tidak tahu apa itu KISSM. Baru-baru ini saya telah mengikuti Taklimat Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia ( KISSM ) bagi Guru-guru lantikan tahun 2009 ke bawah.
Taklimat tersebut telah diadakan Pada 23 April 2011 bertempat di Intekma Resort & Convention Centre,Shah Alam. Dalam taklimat itu, saya dan para peserta yang lain telah didedahkan dengan maksud, tujuan, tempoh pelaksanaan, cara penilaian & keputusan KISSM. Mari kita lihat dan fahami bersama-sama.
Posted by ummu nafisah at 07:48 0 comments