Kursus Induksi (KISSM)?? Ada apa dengan Kursus tu ye?? Penting sangatkah kursus tersebut kepada semua yang bekerja dalam Perkhidmatan Awam?? Baiklah, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang mana mungkin boleh membantu anda yang masih tidak tahu apa itu KISSM. Baru-baru ini saya telah mengikuti Taklimat Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia ( KISSM ) bagi Guru-guru lantikan tahun 2009 ke bawah.
Taklimat tersebut telah diadakan Pada 23 April 2011 bertempat di Intekma Resort & Convention Centre,Shah Alam. Dalam taklimat itu, saya dan para peserta yang lain telah didedahkan dengan maksud, tujuan, tempoh pelaksanaan, cara penilaian & keputusan KISSM. Mari kita lihat dan fahami bersama-sama.
Sunday 24 April 2011
Apa itu KISSM??
Maksud Kursus Induksi (KISSM)
Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia dikenali sebagai KISSM. Kursus ni sangat penting dan diwajibkan kepada semua pegawai baru yang bekerja dalam Perkhidmatan Awam sebelum mereka disahkan dalam jawatan.
Tujuan utama Kursus Induksi (KISSM)
Secara umumnya,Kursus ni diadakan untuk memastikan pegawai baru yang bekerja dapat memberikan perkhidmatan terbaik , cemerlang serta dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya kerja.
Modul & Tempoh Kursus Induksi (KISSM)
Terdapat dua modul iaitu Modul Umum dan Modul Khusus,
1) Modul Khusus : "Face to face"- 3 hari 2 mlm/ 10 jam kuliah di premis kerajaan @ swasta
2) Modul Umum : Sesi Pembelajaran Kendiri berdasarkan CD semasa di sekolah/IPG/ 6 jam
Penilaian Kursus Induksi (KISSM)
1) Penilaian sepanjang Kursus (PSK) - 60%
a) Tugasan -Tugasan bertulis I (individu) - 20%
-Tugasan bertulis II (kumpulan) - 20%
(Dibuat semasa di sekolah/IPG dan dihantar semasa hadir Modul Khusus)
b) Pemerhatian - 20%
(Dibuat semasa Modul Khusus dijalankan)
2) Ujian Akhir Kursus (UAK) - 40%
(Diadakan pada akhir sesi Modul Khusus)
Semakan Keputusan Kursus Induksi
Semakan keputusan pula boleh dibuat secara online dengan melayari laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my
Diharap anda semua dapat memahaminya dengan baik!! =)
Posted by ummu nafisah at 07:48 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)